Tutup

Kampong Bharu: Isu jual tanah bukan fokus utama

Isu jual tanah bukan fokus utama yang dilihat kira-kira 5,300 pemilik tanah di Kampong Bharu yang ditawar kerajaan baru-baru ini. Setiausaha Kehormat Lembaga Pentadbir Penempatan Pertanian Melayu (MAS), Shamsuri Suradi berkata, paling penting kini persoalan pembangunan serta jaminan Kampung Melayu itu tidak lenyap dari pembangunan kota.