Tutup

Kami rasa apa yang BN rasa sewaktu kalah PRU - Mukhriz

Situasi dan kesedihan yang dirasai pemimpin dan penyokong Pakatan Harapan susulan kekalahan besar pada Pilihanraya Kecil Tanjung Piai diibaratkan seperti yang dilalui barisan nasional selepas keputusan Pilihanraya Umum Ke 14 yang lalu. Bagaimanapun menurut Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir pimpinan tertinggi PH tidak pernah sesekali menyalahkan rakyat terutama pengundi di Tanjung Piai.