Tutup

Kami ambil serius integriti, ketelusan tender - MITI

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) mengambil secara serius tahap integriti dan ketelusan tatacara tender sepanjang penganjuran Sidang Kemuncak Pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2020. Mulai tahun ini, Sekretariat Kebangsaan APEC 2020 di bawah MITI mengeluarkan beberapa iklan tender dan sebut harga bagi mendapatkan perkhidmatan pembekalan barang-barang dan juga perkhidmatan sebagai persiapan penganjuran dan akan berterusan mengikut keperluan penganjuran APEC 2020.