Tutup

Kajian buktikan manfaat ketum

Persepsi masyarakat tentang keburukan daun ketum perlu dihentikan kerana hakikatnya, tanaman itu mempunyai potensi besar untuk diketengah dan dikembangkan. Pengerusi Risda, Datuk Zahidi Zainul Abidin, berkata negara perlu menggunakan sumber tanaman ketum dan memanfaatkan kelebihannya, sekaligus menjadi pemain utama dalam industri penanaman dan pemprosesan daun ketum.