Jurutera ditemui maut sebelah kereta

Seorang lelaki yang dalam perjalanan pulang selepas bermain badminton ditemui mati berhampiran kediamannya di Kampung Nyior, Bandar Paka, pada Isnin. Juriza Muda , 36 tahun , yang bekerja sebagai seorang jurutera di sebuah syarikat penyelenggaraan industri pemprosesan minyak di kawasan perindustrian Kerteh, Kemaman, ditemui terbaring bersebelahan kereta Proton Wira miliknya kira-kira jam 9.30 malam.