JKM Perlis cari waris dua beradik

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis meminta orang ramai untuk membantu mencari waris dua beradik masing-masing berusia empat dan tiga tahun. JKM dalam satu kenyataan berkata, Nur Safina Mohd Irffan dan Mohd Ikram sebelum ini dilaporkan diserahkan oleh bapa kandung mereka kepada seorang rakannya untuk dijaga.