Tutup

Jiran terkejut suspek disabit dengan kes dera

Pasangan suami isteri yang dipercayai mendera secara fizikal dan seksual anak jagaan mereka berusia dua tahun sehingga menyebabkan kematian dalam kejadian di Kandang, Melaka dikenali sebagai seorang yang penyayang. Menurut jiran suspek Mohd Zamri Mat Rahim, dia terkejut sebaik menerima berita berkenaan memandangkan suspek seorang yang peramah dan sangat baik dengan orang kampung.