Tutup

Jerebu dijangka tidak seteruk tahun 2015 - Wan Junaidi

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menjangkakan fenomena jerebu yang melanda Malaysia tahun ini tidak seburuk tahun lalu. Kebarangkalian itu dibuat dengan mengambil kira taburan hujan di Sumatera dan tindakan proaktif pihak Indonesia dalam menangani jerebu kali ini.