Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

JBPM Kedah hulur sumbangan hari raya kepada keluarga allahyarham

Bagi mengenang dan menghargai jasa allahyarham, Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penolong Pesuruhjaya Syufa'at Kamaron mengunjungi ibu dan bapa Muhammad Adib di rumahnya di Tebengau bagi menyampaikan sumbangan hari raya Aidilfitri. Syufa'at berkata, JBPM Kedah tidak pernah melupakan keluarga allahyarham kerana mereka bagaikan satu keluarga. Malah, beliau akui, Jasa Muhammad Adib terlalu banyak ditabur untuk Jabatan Bomba dan Penyelamat.