Tutup

Jangan ubah, pinda lagu Negaraku dalam acara rasmi sekolah: KPM

Pihak pengurusan sekolah diingatkan agar mematuhi Akta Lagu Kebangsaan 1968 dan tidak mengubah atau meminda lagu Kebangsaan Negaraku dalam apa-apa bentuk dalam mana-mana acara rasmi sekolah. Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Amin Senin berkata, pihak sekolah perlu sentiasa menggunakan kebijaksanaan dalam melaksanakan perkara asas terhadap lambang-lambang negara.