Jangan sibuk berpolitik sehingga abaikan Manifesto PH

Ketika tumpuan negara terarah ke skandal video intim yang menyelubungi Parti Keadilan Rakyat (PKR), enam Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) umum beri sokongan penuh kepada Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Namun dalam masa sama, mereka juga menagih komitmen Anwar dan pimpinan pusat untuk mengutamakan hal-hal melibatkan kebajikan rakyat dan negeri termasuk janji-janji Manifesto Pakatan Harapan.