Jangan manipulasi harga vaksin

Mengulas berkenaan wujudnya kenaikan harga, Dr Dzulkefly amat berharap supaya tidak ada pihak yang mengambil kesempatan dengan menaikkan harga. Beliau pada masa sama meminta Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) serta persatuan perubatan yang lain untuk memberi peringatan dan nasihat kepada anggotanya untuk tidak memanipulasi harga. Ujarnya, secara purata caj bagi vaksin Influenza adalah antara 50 ke 100 ringgit untuk setiap dos.