Jambatan ikonik Terengganu dikawal

Polis Terengganu akan menempatkan anggotanya membabitkan laluan untuk ke jambatan ikonik Terengganu atau lebih terkenal dengan Drawbridge. Ketua Polis Terengganu, Datuk Aidi Ismail berkata kekuatan itu akan diletakkan sepanjang tempoh percubaan jambatan baru tersebut bermula 2 hingga 17 Jun ini.