Isu banjir Cameron Highlands, isu bermusim?

Ahli Parlimen Cameron Highlands, Ramli Mohd Nor berharap isu banjir kilat dan tanah runtuh di kawasan itu tidak menjadi isu yang timbul ketika musim hujan saja. Sebaliknya, isu itu perlu mendapat perhatian serius semua pihak, baik kerajaan negeri mahupun kerajaan persekutuan, sepanjang masa.