announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

"Ini soal nyawa, bukan berbangga jadi pembida tertinggi" - Hishammuddin

Malaysia menyelar tindakan negara-negara yang mementingkan diri dan saling bersaing untuk mendapatkan vaksin COVID-19. Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan, kerjasama antarabangsa perlu menjadi keutamaan pada ketika ini kerana ia adalah usaha menyelamatkan nyawa yang perlu digembeling secara bersama.