Tutup

Ini kisah rakyat Malaysia tunggal di Palestin

Malaysia merupakan antara negara lantang menyuarakan hak penduduk Palestin yang hidup ibarat pendatang di negara sendiri akibat penindasan Israel. Bagi seorang pemuda, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman, beliau mengambil langkah untuk bermastautin di Palestin sejak 2013 untuk memudahkannya untuk membela nasib mereka dan melakukan misi kemanusiaan.