Industri halal perlu ambil peluang Revolusi Industri 4.0

Industri halal perlu mengambil peluang terhadap Revolusi Perindustrian 4.0 untuk mengembang luas potensi sektor berkenaan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa berkata, gabungan teknologi masa kini berupaya mencipta kemungkinan baharu yang memanfaatkan industri halal global.