Indera Khairul Dzaimee dilantik Ketua Pengarah Imigresen

Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Kawalan) Kementerian Dalam Negeri Datuk Indera Khairul Dzaimee Daud dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Imigresen yang baharu berkuat kuasa Isnin. Indera Khairul Dzaimee, 47, menggantikan Datuk Seri Mustafar Ali yang bersara daripada jawatan itu pada 31 Disember lepas.