Tutup

Hukuman jenayah perhilitan: KATS minta Sabah, Sarawak pinda hukuman

Kementerian Air, Tanah Dan Sumber Asli menggesa kerajaan Sabah dan Sarawak untuk meminda peruntukan undang-undang sedia ada berkenaan perhilitan untuk memastikan tindakan penguatkuasaan dan hukuman yang setimpal kepada penjenayah dapat dilaksanakan dengan efektif. Menterinya, Dr Xavier Jayakumar berkata kementeriannya pindaan kepada Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 itu dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat pada mesyuarat pertama penggal hadapan.