Himpunan 812: Najib pilih LRT ke Jalan Raja

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memilih menaiki LRT untuk menuju ke Jalan Raja bagi menyertai Himpunan 812. Beliau yang menaiki LRT dari Stesen PWTC kemudian turun ke LRT Masjid Jamek sebelum bersama-sama peserta himpunan yang lain berjalan ke Dataran Merdeka.