Tutup

Harga ikan lebih murah bila ECRL siap 2024

Projek Laluan Rel Pantai Timur, ECRL yang menghubungkan Pantai Timur hingga Pelabuhan Klang adalah titik perubahan perhubungan dan pengurusan perniagaan sekaligus bakal mempengaruhi harga bekalan ikan ke seluruh negara. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata harga hasil laut di negara ini dijangka lebih murah berikutan sistem pengangkutan yang lebih pantas dan efisien.