Tutup

GRO bersembunyi di sebalik tokong ibadat, celah kotak elak ditangkap

Taktik licik 28 pelayan pelanggan (GRO) warga Vietnam yang bersembunyi di sebalik pintu rahsia diperbuat daripada tokong ibadat, berjaya dikesan oleh anggota Jabatan Imigresen Malaysia Perak di sebuah pusat hiburan di Jalan C.M Yusof, Ipoh, malam tadi. Manakala dua lagi GRO yang bersembunyi di celahan kotak minuman keras untuk mengaburi pihak berkuasa, turut ditahan dalam serbuan yang dijalankan bermula jam 11 malam itu.