Tutup

GPS kekal tadbir Sarawak, tapi jangan lalai

Gabungan Parti Sarawak (GPS) diramal kekal mentadbir Sarawak untuk sekurang-kurangnya penggal. Ini diperkukuhkan dengan konsep identiti Sarawak diperjuangkan parti itu, yang jelas meresap ke sanubari rakyat. Biarpun sedikit terkena tempias tsunami politik nasional pada Mei 2018, tidak bermakna GPS sebuah parti yang lemah.