'Ghost Smoke Cool Fruit Powder' dijual kepada pelajar sekolah

Kira-kira 40 unit 'Ghost Smoke Cool Fruit Powder' dirampas dipercayai untuk dijual kepada pelajar di sebuah sekolah di Kota Bharu, Kelantan. Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan, Adnan Abd Rahman berkata, operasi pemeriksaan dilakukan khsus berhampiran kawasan sekolah dan sempadan negara.