Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Genap setahun pemergian Muhammad Adib

Tarikh 17 Disember 2018, jam 9.41 malam, Malaysia dicatatkan dengan satu peristiwa duka apabila seorang ahli bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, kehilangan nyawa sewaktu menjalankan amanah tugasnya. Allahyarham yang cedera parah dipercayai akibat dipukul dalam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya pada 27 November 2018, kemudiannya bertarung nyawa hampir tiga minggu di Institut Jantung Negara (IJN).