Gangguan air: Selesaikan dalam tempoh 84 jam atau tukar pengurusan

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) diberi amaran untuk memastikan bekalan air terganggu di tujuh daerah, selesai sepenuhnya menjelang 9 malam, 26 Julai ini. Pengerusi Suruhanjaya Pengurusan Air Nasional (SPAN) Charles Santiago berkata, sekiranya perkara itu tidak selesai, pihaknya akan meminta Menteri Besar Selangor Amirudin Shari untuk menukar Pengurusan Kanan Air Selangor.