Tutup

Gaduh di Plaza Tol: "Kamu patut malu" - Hakim

Gara-gara bergaduh di Plaza Tol Bukit Kiara dan tular di media sosial baru-baru ini, dua lelaki dipenjara sehari dan didenda maksimum RM1,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Jumaat. Majistret Noorasyikin Sahat menjatuhkan hukuman itu terhadap seorang Pengurus Teknologi Maklumat, Ng Whye Hoong dan peniaga, Mohamad Fazrien Mohd Ziear selepas mereka mengaku bersalah bergaduh di tempat awam.