Tutup

Exco Perak faham kenyataan MB

Paul Yong Choo Kiong turut mengulas kenyataan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang tidak menolak kemungkinan beliau akan direhatkan daripada tugas buat sementara waktu. Katanya, beliau faham maksud kenyataan Menteri Besar Perak itu apabila memberi syarat akan direhatkan jika siasatan polis terhadapnya mengambil masa yang lama. Selain Ahmad Faizal, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng juga senada bahawa, parti masih menunggu hasil siasatan polis sebelum mengambil tindakan susulan ke atas Paul Yong.