Exco Perak dikaitkan dengan rogol teruskan kerja seperti biasa

Paul Yong Choo Kiong yang dikaitkan dengan dakwaan rogol ke atas pembantu rumahnya meneruskan tugasnya sebagai Exco Kerajaan Negeri Perak seperti biasa hari ini. Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baru ini tiba di pejabatnya di Bangunan Perak Darul Ridzuan pada jam 9.16 pagi.