Enam parah kemalangan empat kenderaan

Enam cedera parah, termasuk seorang kanak-kanak dalam kemalangan jalanraya yang melibatkan empat kenderaan di kilometer 13.5, Jalan Ipoh - Lumut pada Ahad. Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 11 malam di persimpangan Batu Gajah Perdana.