Tutup

Empat individu sesat dalam hutan diselamatkan

Empat pendaki yang sesat ketika melakukan aktiviti lasak di Twin Peak di Bukit Frazer ditemui selamat oleh Pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR) pagi tadi. Menurut Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Anuar Hassan, dua mangsa wanita mengalami kecederaan terseliuh di buku lali manakala dua lelaki tidak mengalami sebarang kecederaan.