Dua kertas siasatan dibuka siasat Exco bocor minit mesyuarat

Polis Perak membuka dua kertas siasatan berhubung dakwaan seorang Exco kerajaan negeri yang didakwa membocorkan kertas minit mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bagi mendapatkan habuan. Siasatan dibuat di bawah Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi kerana membocorkan rahsia rasmi dan Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana memfitnah.