Dr Mahathir mulakan lawatan kerja tiga hari ke UK

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di London pada jumaat waktu tempatan untuk lawatan kerja tiga hari ke United Kingdom. Menurut Pegawai Suruhanjaya Tinggi Malaysia ke London atucara pertama lawatan beliau ialah mengadakan pertemuan dengan wakil-wakil majlis pelajar Malaysia di United Kingdom pada pagi sabtu waktu tempatan di Suruhanjaya Tinggi Malaysia.