Dewan Rakyat kecoh lagi

Dewan Rakyat bertukar kecoh hari ini selepas dua anggota Parlimen bertukar cacian ketika sesi aturan mesyuarat dan usul-usul. Hal itu berlaku ketika Ahli Parlimen Arau, Shahidan Kassim meminta Parlimen untuk menarik balik soalan nombor 104 oleh Ahli Parlimen Labis, Pang Hok Liong yang dibuat pada 10 Julai lalu yang meminta penjelasan berkenaan elaun dan kemudahan-kemudahan dinikmati Yang di-Pertuan Agong.