Dera anak sampai mati, pasangan suami isteri direman 7 hari

Mahkamah Majistret Yan hari ini, mengeluarkan perintah reman selama tujuh hari terhadap pasangan suami isteri yang dipercayai mendera anak lelaki mereka berusia dua tahun sehingga meninggal dunia. Perintah reman dikeluarkan Majistret Nurul Rasyidah Mohd Akit berkuatkuasa hari ini sehingga 2 jun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.