Datuk Lee Chong Wei kongsi pengalaman rawatan

Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mengaku hatinya remuk apabila diberitahu menghidap kanser hidung, beberapa bulan lalu. "Saya menangis satu minggu ... saya tidak boleh makan, tidur pun tidak boleh," kata Chong Wei, dalam satu sidang media khas di ibu pejabat Persatuan Badminton Malaysia (BAM), di sini hari ini. Namun, katanya beliau harus kekal tenang ketika menjalani rawatan di sebuah hospital swasta di Taiwan.