Tutup

DAP masih tunggu maklumat Adun didakwa terlibat LTTE

DAP masih belum mendapat maklumat lanjut mengenai penahanan dua Ahli Dewan Undangan Negeri daripada parti itu yang dipercayai cuba menghidupkan semula kumpulan pemberontak pembebasan Tamil Eelam (LTTE) di negara ini. Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, pihaknya akan membincangkan perkara itu terlebih dahulu sebelum memberi sebarang ulasan.