Tutup

Daftar mangsa banjir atas talian perlu diperluas

Pendaftaran mangsa banjir dalam talian boleh digunakan untuk sistem di peringkat nasional kerana dapat menjadikan penempatan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) lebih tersusun. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, beliau percaya NADMA bersedia untuk mempertimbangkan saranan itu kerana hasil pelaksanaanya di Kemaman membuktikan ia efektif.