Cukai jalan tidak boleh diperbaharui jika gagal tukar beg udara

Pemilik kenderaan Honda City keluaran 2004, tidak boleh memperbaharui cukai jalan sekiranya mereka masih tidak menukar beg udara baharu. Arahan dikeluarkan Menteri Pengangkutan Anthony Loke, susulan kemalangan terbaru yang disebabkan kerosakan beg udara.