Cubaan seludup rokok berjaya dipatahkan

Polis Marin Wilayah 4 Sabah mematahkan cubaan menyeludup 14,800 bungkus rokok pelbagai jenama yang dipercayai tidak berduti dan tidak dibayar cukai di Lahad Datu pada Khamis. Menurut Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah, ACP Mohamad Pajeri Ali berkata seorang kanak-kanak berumur 10 tahun bersama lelaki berumur 26 tahun turut ditahan.