Tutup

Cha Eun-Woo tampil dengan kejutan, nyanyi lagu Melayu!

Anggota kumpulan K-Pop Korea Selatan, Cha Eun-Woo tampil dengan kejutan pada sesi bertemu dengan peminat Malaysia pada Sabtu Sempena Siri Jelajah 2019 Cha Eun-Woo 1st Fan Meeting Tour di Kuala Lumpur. Eun-Woo yang juga dikenali sebagai ?face genius?, pastinya tidak mengecewakan 1,900 AROHA yang hadir apabila mendendangkan lagu Bahasa Malaysia iaitu ?Sampai Ke Hari Tua? oleh Aizat Amdan.