Cabul dalam ambulans, Pembantu Perubatan mengaku tak bersalah

Seorang pembantu perubatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Selayang atas tuduhan melakukan perbuatan seksual fizikal terhadap seorang remaja berusia 17 tahun. Perbuatan itu dilakukan di dalam sebuah ambulans ketika dalam perjalanan menghantar mangsa ke hospital.