Buletin berkala untuk kes berprofil tinggi

Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia akan menerbit dan mengedarkan buletin berkala untuk kes berprofil tinggi dan berkepentingan awam di negara ini. Menurut Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum, ini akan membolehkan orang awam mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini berkenaan kes tersebut. Tambahnya, ini adalah alternatif kepada menyiarkan perbicaraan kepada umum seperti yang berlaku di sesetengah negara.