Budaya berpolitik lemahkan umat Melayu Islam

Bangsa Melayu pada ketika ini dilihat semakin lemah lantaran empat punca utama yang mendominasi kehidupan seharian pemimpin dan rakyat. Timbalan Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, budaya politik yang berlaku ketika ini menyebabkan umat Melayu Islam terperangkap dalam situasi yang mengaibkan diri sendiri.