Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Bot nelayan asing dikesan menyamar sebagai bot nelayan tempatan

Menyamar sebagai bot nelayan tempatan bagi mengelirukan pihak penguat kuasa. Itu antara modus operandi terbaharu yang digunakan nelayan asing bagi merompak hasil laut negara. Kegiatan itu dibongkar Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) susulan penahanan 47 nelayan Vietnam termasuk tekong antara jam 3.30 petang hingga 4.30 petang pada Sabtu.