Bomba terima 302 panggilan kecemasan setiap hari

Kepesatan pembangunan, diiringi tahap kependudukan yang tinggi memberi kesan signifikan kepada indeks risiko kebakaran, bencana dan kemalangan. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamarudin berkata Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima sebanyak 302 panggilan kecemasan setiap hari di seluruh negara.