Bomba cadang wujud dasar rakyat penyelamat

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berhasrat untuk mewujudkan dasar rakyat penyelamat atau Citizen Life Saver menjelang 2030. Kata Ketua Pengarahnya, Datuk Hamdan Wahid mereka telah memulakan usaha mencapai matlamat tersebut dengan memberi pendedahan dan melatih seramai mungkin anggota masyarakat.