Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

"Boleh lompat parti, tapi jangan bawa kerusi Parlimen" - Nazri Aziz

Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mencadangkan supaya Akta Pilihan Raya 1958 dipinda berkaitan pencalonan parti dan individu. Berucap pada sesi perbahasan titah diraja di Dewan Rakyat hari ini, Mohamed Nazri mencadangkan supaya pencalonan pilihan raya dilakukan berdasarkan parti dan bukan individu.