Bicara kes rasuah RM2 juta Ku Nan bermula Selasa

Perbicaraan kes Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang didakwa atas pertuduhan menerima rasuah RM2 juta daripada seorang ahli perniagaan, Chai Kin Kong akan bermula di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini. Menurut seorang Timbalan Pendakwa Raya, pihak pendakwaan akan memanggil empat saksi untuk memberi keterangan.