Tutup

BFW19 janji himpunan rekaan mempersonakan

Dua puluh pereka fesyen bakal berkampung di Kota Kinabalu sempena Minggu Fesyen Borneo 2019 (BFW19) awal Oktober depan. Dengan tema membawa Borneo ke seluruh dunia, BFW19 bakal menjanjikan himpunan rekaan tradisional dengan suntikan moden yang mempersonakan. Bukan itu sahaja dua pereka fesyen antarabangsa akan ditampilkan dalam BFW19 yang berlangsung selama tiga hari bermula 4 Oktober ini.